|
Untitled Document
Cabaran bina Melayu Baru perlu gembleng usaha pemimpin, orang ramai
Dl
Sacramento, ibu negeri California, Gabenor Arnold Schwarzenegger, ketika berucap
dalam upacara perasmian jawatan beliau pada 17 November lalu, telah menyeru agar
warga California melupakan kepahitan lalu dan bekerja lebih keras untuk memulihkan
ekonomi negeri tersebut.
Beliau berkata:
'Apa yang menjadi
tumpuan saya ialah bagaimana untuk mengembalikan semangat dan keyakinan baru.'
Di
hadapan beliau ialah cabaran untuk memulihkan ekonomi yang lembap ekoran pembelanjaan
yang tinggi dan pertumbuhan yang perlahan.
'Kita harus mengatasi beban
yang amat berat ini. Saya tidak mampu memikulnya sendirian. Kalau kita bersama-sama
berganding bahu, kita boleh mengatasinya,' ujar beliau.
Di Singapura,
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, DrYaacob Ibrahimjuga sedang
giat berusaha mempertingkat keyakinan baru di kalangan masyarakat Melayu/lslam.
Seperti
juga Encik Schwarzenegger, cabaran untuk membina Melayu Baru merupakan satu tugas
berat dan tidak mudah. la tidak mampu dilakukan secara sendirian.
Cabaran
ini memerlukan tambahan dan gemblengan usaha para pemimpin masyarakat Melayu/lslam
dan orang ramai.
Forum Pemimpin
Forum Pemimpin baru
sahaja berlalu. Sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru 2004. Pengumuman 'retreat
Forum Pemimpin' di dada akhbar ditunggu kesannya oleh ramai. Para pemimpin masyarakat
menaruh harapan akan usaha susulan daripada forum 11 Oktober 2003 itu.
Tambahan
pula, ia ditekankan oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong dalam pertemuannya dengan
para pemimpin Melayu/lslam lalu, bahawa forum tersebut bukan sekadar satu sidang
yang harus dilupakan selepas 11 Oktober 2003. Pendedahan mengenai pembentukan
Jawatankuasa Panduan untuk melaksanakan tindakan susulan meningkatkan lagi
harapan anggota masyarakat.
Hasilnya, anggota masyarakat menjangkakan
usaha memperkecilkan jurang dan penyampaian khidmat yang lebih baik kepada masyarakat.
Pemangkin
Banyak
pujian telah diberikan atas penganjuran usaha ini. Tidak kurang juga pandangan
berbeza yang disuarakan oleh orang ramai mengenai pendekatan yang diambil mengenai
usaha ini.
Kelakonan Ekonomi
Pengumuman mengenai kelakonan
ekonomi Singapura bagi tempuh suku ketiga 2003 adalah menggalakkan. Langit hitam
yang disebabkan oleh awan mendung kini tampak cerah. Kelakonan suku ketiga ekonomi
Singapura 2003 menunjukkan prestasi positif iaitu kelakonan suku yang terpantas
sejak lapan tahun lalu.
Ekonomi Singapura antara Julai dengan September
meningkat 17.3 peratus berbanding suku sebelumnya. Sebanyak 1,000 pekerjaan baru
telah diwujudkan. Pertama kali sejak dua tahun, jumlah pekerjaan bertambah.
Statistik ini menjanjikan masa depan lebih cerah. la membantu usaha merealisasikan
pencapaian Melayu Baru.
Penggemblengan Badan-badan Melayu
Berbeza
daripada penganjuran konvensyen atau perhimpunan Melayu/lslam lainnya, Forum Pemimpin
ini diusahakan dengan penyertaan pemimpin masyarakat sejak proses perbincangan
di peringkat awal. Pemimpin badan Melayu/lslam dikhabarkan lebih memahami isu
dan implikasi masalah dengan mendalam. Dengan pemahaman sebegini, ia memudahkan
program susulan dilaksanakan.
Tidak hairanlah sekiranya kita mengharapkan
Sekretariat Forum Pemimpin kini sibuk mengadakan perbincangan susulan dengan badan
Melayu/lslam, mendapatkan kekuatan dan fokus untuk menumpu kepada tiga bidang
utama iaitu pendidikan, pekerjaan dan belia/keluarga.
Pada pandangan
saya, penglibatan yang tertumpu pada pemimpin yang terlibat tidak mencukupi. Malah
perjalanan usaha ini dapat disegerakan lagi dengan penglibatan lebih ramai lagi
pemimpin masyarakat lainnya.
Bak kekata Encik Schwarzenegger tadi, seberat-berat
beban dapat dipikul dengan mudah jika setiap pihak bersama-sama berganding bahu.
Pemimpin-pemimpin
pertubuhan sivik lainnya dan pemimpin institusi agama dan asatizah juga dapat
memainkan peranan positif menyegerakan pencapaian usaha menganjak minda. Peranan
pemimpin institusi agama dan asatizah penting kerana mereka merupakan kunci dalam
mendampingi dan didampingi mengenai isu-isu sosioagama.
Pusat
Khidmat Keluarga
Satu instrumen yang penting dalam membantu usaha
mendampingi dan membawa perubahan pada masyarakat ialah Pusat Khidmat Keluarga
(FSC). Pusat ini kini menjadi fokus membolehkan usaha pemulihan diadakan dan disegerakan.
Dengan khidmat pegawai sosial dan kakitangan yang terlatih dan berpengalaman,
usaha untuk mendekati klien Melayu terutama Kumpulan Kurang Bernasib Baik dan
Berisiko Tinggi (Disadvantaged and Risk Group) dengan nadi, daya, upaya dan mekanisma
yang kuat dapat digerakkan dengan lebih sistematik dan tertumpu.
Visi
FSC iaitu penggalak, pembentuk dan pemelihara unit keluarga penting adalah seiring
dengan usaha menghidupkan Melayu Baru.
Pendekatan FSC mengadakan usaha
pengekangan, pembangunan dan pemulihan di kejiranan membolehkan unit keluarga
berfungsi sebagai satu unit berkesan dalam masyarakat Melayu/lslam.
Masyarakat
Melayu/lslam yang bermasalah dapat dibantu melalui sesi kaunseling. la membolehkan
individu-individu dan keluarga menghuraikan masalah sosial dan emosi mereka dan
membolehkan mereka keluar daripada permasalahan mereka dengan mendapat perspektif
positif.
Khidmat penerangan dan rujukan membolehkan individu-individu
dan keluarga dihubungkan dengan sumber dan khidmat masyarakat di peringkat nasional
- satu teras penghubung pada sumber dan khidmat nasional.
Melalui Pusat
Khidmat Keluarga, usaha menambah Program Pendidikan Awam (Family Life Education),
Kemahiran Pentadbiran Rumah (Homes Management Skills) dan Kumpulan Sokongan Ibu
Bapa (Parents'Support Group) dapat memperkukuhkan unit keluarga, mempertingkat
kualiti kehidupan berkeluarga, daripada usaha FSC selama ini ia dapat menghubungkan
penglibatan tiga pihak iaitu masyarakat, sekolah dan ibu bapa di kejiranan.
Program
pemantauan melalui Program Pembelajaran Pengantara melibatkan anak-anak dan ibu
bapa (Parent Mediated Learning Programme) dapat disenyawakan untuk mengimbangi
isu pelajar tercicir (Premature School Leavers - PSL) atau Out of School Youth
(OSY).
Bagaimanapun, jaya atau gagalnya usaha menggerakkan program kekadang
banyak dipengaruhi sikap masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang lebih gung-ho,
kiasu dan ghairah akan mengambil tindakan tambahan untuk membawa perubahan. Penglibatan
lebih ramai dalam usaha sebegini akan meningkatkan sikap dan semangat kepunyaan.
Setiap
kita adalah pemimpin. Kejayaan FP dapat disegerakan dengan penglibatan lebih ramai
pemimpin yang berkongsi wawasan sama.
Usaha mengadakan masyarakat cemerlang
adalah impian semua untuk keluar daripada kepompong lama.
Mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam majlis perasmian Ekspo OIC 2003
pada 14 Oktober 2003, menegaskan bahawa masyarakat Islam boleh berjaya. Apa yang
diperlukan ialah keupayaan dan keyakinan diri sendiri.
Bersama kita
boleh.
Nota: Penulis ialah seorang aktivis masyarakat Petikan
dari Berita Harian, Ahad 30 November 2003
|