Majlis
Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura
Central
Council of Malay Cultural Organisations Singapore
Majlis
Pusat dirasmikan pada 12 April 1969 dengan dianggotai sebanyak 37 persatuan.
Ia berfungsi sebagai pusat sumber dan penyelaras untuk anggota-anggota
sekutunya menjalankan aktiviti-aktiviti mereka tanpa duplikasi. Antara
matlamat-matlamatnya ialah:
-
Menyelaras
aktiviti-aktiviti pendidikan, keagamaan, sosial, budaya,kebajikan, ekonomi
dan sukan untuk masyarakat Melayu, badan-badan sekutunya dan persatuan-persatuan
lain.
-
Menganjurkan
projek-projek untuk meningkatkan kemajuan orang-orang Melayu dalam konteks
masyarakat perindustrian.
-
Menubuhkan
pusat kebudayaan Melayu di Singapura
-
Menubuhkan
unit penyelidikan dan perancangan untuk mengkaji aspek-aspek ekonomi, sosial
dan budaya orang-orang Melayu.
-
Merancang
projek-projek yang berkaitan dengan bidang-bidang tersebut untuk mempertingkatkan
pencapaian masyarakat kita dalam bidang-bidang ini.
-
Untuk
mengenal pasti dan menilai masalah yang dihadapi orang-orang Melayu dan
membuat saranan-saranan yang sewajarnya.
Majlis
Pusat juga memberi lapor balik mengenai isu-isu dan dasar-dasar kepada
badan-badan tertentu bagi pihak badan-badan sekutunya.
Di
antara khidmat-khidmat yang disediakan ialah:
-
Menyediakan
kelas-kelas tuisyen untuk penuntut-penuntut peringkat menengah atas dan
pra-universiti.
-
Mendirikan
agensi pekerjaan untuk membantu belia-belia Melayu yang menganggur mendapatkan
pekerjaan di bidang perindustrian.
-
Menganjurkan
forum dan seminar mengenai isu-isu masyarakat dan nasional
-
Menerbitkan
laporan seminar nasional dan karya-karya pilihan
-
Menyediakan
khidmat kaunselling untuk penagih Melayu menerusi Khidmat Kaunseling Penagih
Melayu Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA).
-
Memberi
bantuan kewangan kepada keluarga-keluarga miskin dan penuntut-penuntut
Pada masa ini, Majlis Pusat dianggotai 37 badan bersekutu yang aktif dalam
bidang kebudayaan, penulisan, kerja-kerja kemasyarakatan, belia dan sukan.
Ibu
pejabat:
People's
Association Hq Ground,
9
Stadium Link,
Singapura
397750
Telefon:
348-0591
Faks:
440-2162
Presiden:
Encik Zulkifli Mohammed
[English]
|