Profil
Kerabat MP
Kegiatan MP
Siaran Media
Seni dan Budaya
Warisan Kita
Siber Seni
Sudut Bahasa
Rencana
Siber Kafe
Informasi Internet
Sumbangan dari Anda

Sabar

Sabar
SabarSabarSabar

PROFIL MP

Fokus

Tumpuan Majlis Pusat selama dua tahun yang lalu adalah terhadap usaha mengekalkan serta memperkembangkan seni budaya Melayu di Singapura. Majlis Pusat akur bahawa budaya Melayu menghadapi cabaran hebat daripada budaya-budaya asing terutama sekali budaya barat. Penekanan terhadap pencapaian material telah secara tidak langsung mengganggu gugat keutuhan budaya Melayu di Singapura.

Teras

Justeru itu Jawatankuasa Kerja Majlis Pusat bagi penggal 1996/1998 telah menumpukan perhatian terhadapa meningkatkan minat masyarakat Melayu terhadap seni bangsanya.Bidang-bidang seni yang kelihatan hampir luput 'ditelan zaman' diperkenalkan kembali oleh Majlis Pusat. Usaha ini akan berlanjutan. Selain dari itu MP juga telah mengusahakan projek-projek nasional yang dapat meningkatkan penglibatan dan imej Majlis Pusat dan kerabat-kerabatnya. Sebagai penghubung talian persahabatan di antara negara dan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Singapura, Majlis Pusat juga telah memainkan peranannya.

Pendekatan

Usaha memperkembangkan dan mempertingkatkan budaya Melayu juga telah dijalankan dengan cara memastikan bahawa setiap kegiatan yang dianjurkan mempunyai mutu dan nilai kesenian yang dapat diiktiraf. Asas perlaksanaan kegiatan-kegiatan MP ialah kerjasama di antara badan-badan kerabat dengan MP.

KEGIATAN

Secara ringkas kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh MP selama dua tahun yang lalu adalah seperti berikut.

Kesenian & Kebudayaan

Teras kegiatan Majlis Pusat adalah seni dan budaya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat kewujudan Majlis Pusat. Projek seperti 'Konsert P. Ramlee Dalam Kenangan' dianjurkan bertujuan menyemaikan minat masyarakat terhadap seni-budayanya khusus dalam bidang seni muzik dan lakunan.

Kekayaan budaya Melayu terserlah di festival-festival budaya Melayu yang dianjurkan di Indonesia. Penyertaan pasukan dari Majlis Pusat senantiasa mendapat sambutan yang baik dari pihak penganjur serta badan-badan kesenian setempat. Mutu persembahan budaya dan nyanyian dari Singapura sering diiktiraf. Kumpulan tarian gabungan Majlis Pusat pernah mendapat tempat pertama. Begitu juga juara JASA '96 (wanita) kita (Nur Saliza Salleh) menyandang tempat pertama dalam lomba nyanyi Asli, sementara juara JASA '96 (lelaki) iaitu Mohd Elfee Ismail mendapat tempat ketiga.

Lagu-lagu Melayu Asli adalah khazanah seni bangsa Melayu yang tinggi nilainya. Dalam senikata-senikata lagu-lagu Melayu Asli terkandung nasihat serta mutiara kata yang dapat dijadikan tauladan.

Justeru itu peraduan Juara Asli Singapura (JASA '96) dianjurkan oleh MP. JASA '96 telah bukan saja berjaya meningkatkan minat masyarakat Melayu malahan telah dapat menarik golongan muda untuk turut serta.

Kemasyarakatan

Sebagai juga mendukung aspirasi negara untuk memupuk semangat murah hati dan kasih sayang di kalangan masyarakat Singapura, dan sebagai mengekalkan nilai-nilai murni orang Melayu, maka Majlis Pusat juga telah bergiat aktif dalam menganjurkan beberapa kegiatan bercorak kemasyarakatan. Ini termasuk menziarahi anggota masyarakat Melayu yang dalam kesusahan seperti keluarga Allahyarhamha Nur Atiiqah Johari, pesakit barah kanak-kanak.

Ehwal Semasa

Walaupun kegiatan begini banyak dianjurkan badan-badan lain, MP juga turut main peranan secara sederhana. Beberapa ceramah dan kegiatan yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu telah dianjurkan. Ini termasuk mengadakan ceramah tentang 'Peranan Mahkamah Syariah'.

Projek NILAM

Sebagai usaha untuk mengekalkan nilai-nilai murni masyarakat Melayu seperti hormat-menghormati, gotong-royong, berbudi-bahasa, saling bantu-membantu, sopan-santun, dll, Majlis Pusat telah memulakan perbincangan untuk mengadakan projek NILAM (singkatan bagi Nilai Melayu). Perbincangan dengan ASAS '50 telah diadakan dan suatu jawatankuasa kerja telah dibentuk untuk menganjurkan projek tersebut. Jawatankuasa kerja yang dibentuk terdiri dari badan-badan kerabat seperti ASAS '50, Perkumpulan Seni, Persatuan Kemuning Singapura dan Persatuan Minangkabau Singapura.

Suatu seminar/kongres Budaya Melayu telah dirancang pada 26 September '98 di hotel setempat untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan Budaya Melayu serta NILAM. Matlamat seminar tersebut juga ialah untuk membincangkan pembentukan Sekretariat/Majlis adat Melayu di Singapura.

Menyokong & Mendukung Kerabat

Majlis Pusat juga telah memainkan peranan membantu kerabat-kerabat MP dalam menganjurkan kegiatan-kegiatan mereka. Selain dari itu MP juga telah berusaha untuk mendapatkan tajaan dari Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Lee Foundation dan lain-lain badan. Di samping itu terdapat juga projek-projek yang dianjurkan dengan kerjasama badan kerabat.

Projek Penyalaan Hiasan Lampu Hari Raya

Majlis Pusat merasa gembira kerana telah diiktiraf oleh Lembaga Pelancungan Singapura (STB) sebagai badan yang sesuai mengambil-alih projek tersebut. Projek yang menelan belanja yang tinggi itu memberi peluang kepada MP untuk menunjukkan keupayaannya. Kini MP merasa syukur kerana walaupun pertama kali projek ini dianjurkan oleh MP ianya dilaksanakan dengan jayanya.

Arah Selanjutnya - MP di Abad 21

Apakah corak MP dan kegiatannya dalam Abad 21? MP perlu prihatin terhadap keadaan sosial dan perasarana negara yang berubah pada masa itu. Negara akan menjadi begitu maju dan pesat. Masyarakat Melayu juga akan mencapai taraf hidup yang lebih tinggi.

[Lelaman Muka] [Kerabat MP] [Kegiatan] [Siaran Media] [Seni Budaya] [Warisan Kita]
[Siber Seni] [Sudut Bahasa] [Rencana] [Siber Kafe] [Info-Internet] [Dari Anda]


Konsep Lelaman @1998 Ilham Yust
Sila hubungi  Majlis Pusat. di email: majlispusat_im@mendaki.org.sg

Sampaikan maklum balas anda kepada siberwarisan@hotmail.com.
Dikemaskini pada Ogos 1998