Articles
 
   
EVENTS
 
VOLUNTEER
 
STUDY LOAN SCHEMES
 
EDUCATION
 
EDU TRUST FUND
 
RESEARCH PAPERS
 
STATISTICS
 
CORPORATE PLANNING
 
SPEECHES
 
MEDIA RELEASES
 
IN FOCUS
 
INSPIRATIONAL QUOTES
 
SENSE
 
POLLS
 
YOUTH IN ACTION
 
DONATIONS
 
ARTICLES
 
MILESTONES
 
FAQS
 
LINKS
 
BOUQUETS
 
CAREERS
 
MAILING LIST
 
   
  Back  
 
Erti Perubahan di MUIS
 
Summary : SELEPAS menyaksikan perubahan di Yayasan Mendaki, bakal berlaku juga perubahan di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
 
Untitled Document

ERTI PERUBAHAN DI MUIS

SELEPAS menyaksikan perubahan di Yayasan Mendaki, bakal berlaku juga perubahan di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Oteh rasa hal ini memang dijangka. Ia mengisi impian dan rangka kerja Dr Yaacob Ibrahim, selaku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Baru-baru ini beliau disahkan menjadi menteri penuh untuk Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Sukan (MCDS).

Sebagai orang lama, Oteh memang tabik kehadiran barisan muda untuk merubah masyarakat kita agar tangkas dan maju.

Muis merupakan salah satu tunggak orang Melayu. Sejak zaman Ismail Aziz sehingga kini, Oteh dapat ikuti perubahan paling ketara.

Oteh tabik Cikgu Maarof Salleh yang menerajui Muis sejak 1996. Di tangannya berlaku pelbagai kemajuan meskipun dalam suasana yang serba tidak menentu.

Setakat ini kita melihat Muis diterajui oleh kebanyakan tokoh Melayu dari sektor awam. Apakah hal ini mesti berlaku pada badan berkanun?

Alahai Oteh bukan pintar dalam soal pengurusan. Namun Oteh yakin banyak bakat yang baik terdapat di sektor swasta. Ada tak kemungkinan dibuat tukar ganti?

Namun bakal pengganti Cikgu Maarof, Encik Alami Musa, juga bukan orang baru. Beliau memang aktif dalam pelbagai badan akar umbi termasuk Angkatan Karyawan Islam (AMP).

Seperti Cikgu Maarof yang pada zaman mudanya terkenal sebagai pemimpin lantang, Encik Alami juga mengikuti zaman serupa. Maklum sajalah darah muda. Namun bezanya Cikgu Maarof adalah guru, sedangkan Encik Alami adalah jurutera macam Dr Yaacob.

Oteh difahamkan Encik Alami dan Dr Yaacob kawan sekampus dulu. Memang dalam setiap generasi, maka timbul barisan pimpinan yang mungkin kawan kita sendiri. Jadi kita sudah kenal hati budi masing-masing dan ini membolehkan urusan dapat dijayakan.

Dari segi Muis, Oteh bimbang mengenai kedudukan calon baru Mufti Negara. Sudah lama Syed Isa Semait yang seharusnya bersara, masih bertahan juga kerana penggantinya tidak betah.

Selain mengukuhkan Jabatan Mufti, turut penting ialah masa depan pendidikan Islam, khususnya kedudukan madrasah sepenuh masa. Bila agaknya mereka semua dapat disatukan, ikut kurikulum yang ampuh dan tentulah mendapat bantuan mencukupi.

Tanpa kehadiran asatizah dan ulama yang berwibawa, Oteh khuatir masa depan akidah umat Islam di sini.

Oteh juga insaf dua pertiga anak Islam tidak ke madrasah hujung minggu di masjid atau kelas agama. Apa nak jadi terhadap pegangan agama mereka kelak jika kita tidak segera menangani?

Ini tentulah menjadi fikiran peneraju Muis. Bagaimanapun, umumnya keadaan umat Islam semakin baik dan teguh. Masjid semakin makmur, walaupun kosnya semakin tinggi dan perlu dikaji semula agar tidak membebankan jemaah.

Satu lagi masalah Muis dan juga umat Islam ialah masalah perceraian tinggi yang pelbagai sebab seperti penagihan dadah atau rosak akhlak. Ini semua perlu diatasi.

Sedang Oteh mengalu-alukan andai benar Encik Alami jadi presiden Muis dan mengucapkan dirgahayu kepada Cikgu Maarof kerana jasa besarnya, cabaran kita sebenarnya bukan berkurangan, tetapi terus membesar.

Dulu tak pernah kita dengar kes pengganasan yang menjadi ancaman negara. Kini ia sudah berlaku dan amat membimbangkan kita kerana kedudukan kita menjadi sorotan seluruh Singapura.

Hakikatnya sebagai satu ummah kita perlu sepadu, rajin, cekal timba ilmu dan perkukuh rumah tangga. Muis sekadar membantu atau menyediakan pelantar saja, selebihnya adalah usaha, keringat kita sendiri. Dan tentulah doa. Ingat, ingat, ingat Tuhan tidak akan merubah nasib kaum, sehingga ia menanganinya sendiri.

Petikan dari Berita Harian, Rabu 14 Mei 2003

Back  



CONTENT LINKS