Articles
 
   
EVENTS
 
VOLUNTEER
 
STUDY LOAN SCHEMES
 
EDUCATION
 
EDU TRUST FUND
 
RESEARCH PAPERS
 
STATISTICS
 
CORPORATE PLANNING
 
SPEECHES
 
MEDIA RELEASES
 
IN FOCUS
 
INSPIRATIONAL QUOTES
 
SENSE
 
POLLS
 
YOUTH IN ACTION
 
DONATIONS
 
ARTICLES
 
MILESTONES
 
FAQS
 
LINKS
 
BOUQUETS
 
CAREERS
 
MAILING LIST
 
   
  Back  
 
Kepentingan Melayu sentiasa di hati
 
Summary : Sifat tegas dan terbuka Encik Lee Kuan Yew dalam menilai kemajuan masyarakat Melayu kadangkala mungkin mengguris perasaan sesetengah orang.
 
Untitled Document

 

Kepentingan Melayu sentiasa di hati

Sempena meraikan ulang tahun Menteri Kanan, Encik Lee Kuan Yew, yang ke-80, para Anggota Parlimen (AP) Melayu hari ini akan mengadakan satu majlis jamuan teh bagi merakamkan penghargaan masyarakat Melayu terhadap sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat Melayu/Islam. Wartawan Berita Harian, Puad Ibrahim, Khartini Khalid dan Nur Azha Putra menyingkap sumbangan beliau itu.

SIFAT tegas dan terbuka Encik Lee Kuan Yew dalam menilai kemajuan masyarakat Melayu kadangkala mungkin mengguris perasaan sesetengah orang.

Tetapi di sebalik ketegasan dan sifat berterus terang itu, terselit hasrat ikhlas untuk membantu golongan minoriti itu agar terus maju bersama masyarakat lain.

Demikian pandangan beberapa pemimpin dan anggota masyarakat Melayu mengenai keperibadian Menteri Kanan.

Rata-rata mereka akur Encik Lee telah banyak menyumbang kepada pencapaian negara dan masyarakat Melayu tidak ketinggalan dalam mengecap kemakmuran itu.

Mengimbas masa lalu, Encik Abdul Rahim Tahir, ketua pegawai operasi sebuah syarikat logistik, berkata semasa tempoh awal Singapura mencapai kemerdekaan, sesetengah orang Melayu pada mulanya tidak yakin dengan dasar-dasar Encik Lee.

Lebih-lebih lagi dengan adanya hubungan emosi yang rapat dengan orang-orang Melayu Malaysia ketika itu.

'Tapi sepanjang beberapa dekad lalu beliau telah membuktikan kebaikan dari dasar-dasarnya itu yang kini dinikmati ramai orang Melayu,' ujarnya.

Seorang peguam pelatih, Encik Mohamed Amrin Mohamed Amin, 24 tahun, pula berkata Encik Lee berani mengetengahkan masalah yang membelenggu masyarakat Melayu yang kadangkala perit untuk diterima.

Bagaimanapun, ini semua dilakukan demi menyedarkan masyarakat agar berusaha gigih untuk meningkatkan diri mereka.

'Seperti dalam tahun-tahun 1980-an. Beliau berani mendedahkan perangkaan yang menunjukkan kelemahan prestasi pelajar Melayu walaupun kita perit menerimanya,' ujarnya.

Bagi Pengerusi Mercy Relief, Encik Zulkifli Baharudin, 44 tahun, hubungan masyarakat Melayu dengan Encik Lee boleh diibaratkan seperti hubungan antara ayah dengan anaknya.

'Encik Lee sebenarnya boleh bersikap sambil lewa terhadap orang-orang Melayu tapi beliau mengambil jalan sukar hingga menyebabkan ramai kurang senang dengannya.

'Ada sebab kuat beliau berbuat demikian. Beliau sebenarnya mempunyai kepentingan Melayu dalam hatinya yang tidak diketahui segera masyarakat Melayu. Sebenarnya, beliau prihatin terhadap hal ehwal Melayu,' katanya.

Mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat, Haji Othman Wok, 79 tahun, berkata perhubungan Encik Lee dengan masyarakat Melayu sebenarnya sudah lama terjalin rapat sejak sebelum beliau memasuki politik lagi.

Ia dijalin sejak beliau menjadi peguam kepada beberapa kesatuan sekerja yang mempunyai ramai anggota Melayu.

Menurut beliau, sifat keterbukaan Encik Lee terhadap isu Melayu mungkin menyebabkan pihak pelampau dalam pembangkang mendakwa beliau anti-Melayu.

'Kalau betul beliau anti-Melayu, mengapa beliau meningkatkan penguasaan bahasa Melayunya? Kalau beliau anti-Islam, mengapa beliau buat saranan membantu mendirikan masjid?

'Ini menunjukkan bahawa beliau bukan anti-Islam atau anti-Melayu,' katanya, antara pemimpin politik Melayu Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang sama-sama berjuang dengan Encik Lee pada tahun-tahun 50-an dan 60-an.

Menggambarkan bagaimana hubungan SM Lee dengan masyarakat Melayu berkembang sepanjang beberapa dekad lalu, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northeast, Encik Zainul Abidin Rasheed, berkata: 'Secara perlahan tetapi tetap, SM dan parti berkuasa PAP telah menawan hati Melayu, meyakinkan masyarakat bahawa jalan ke hadapan ialah menerusi dasar berbilang kaum dan meritokrasi.'

Petikan dari Berita Harian - Sabtu, 27 September 2003

Back  



CONTENT LINKS