
Keluarga AKRAB adalah suatu inisiatif rangkaian tidak rasmi di mana ibu bapa mengongsi ilmu, idea, kepakaran dan amalan keibu bapaan yang baik antara diri mereka. Mereka juga akan mempunyai akses ke sumber-sumber yang dapat mendayai dan meningkatkan semangat ahli keluarga mereka.
Ini akan meningkatkan lagi hubungan antara ibu bapa, lantas memberi mereka lebih keyakinan keibu bapaan. Ahli FEC juga diberi akses utama untuk acara-acara khas MENDAKI, program peningkatan (Kelas Siap Sekolah) dan perjalanan pembelajaran.
Untuk menjadi ahli FEC, keluarga perlu menghadiri sekurang-kurangnya 4 sesi KMM@CC. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Qazzira di 62485146 atau Norlizan di 62455779.
