
Bagi membantu ibu bapa dalam perjalanan keibu bapaan mereka, beberapa program dikendalikan khas untuk mereka dengan anak yang berbeza usia dan keperluan.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut
Signposts | Triple P | Tahun Keibu Bapaan (The Parenting Years) |
Bagi ibu bapa dengan anak berumur bawah 6 tahun | Untuk ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat rendah | Ibu bapa dengan anak di Pusat Asuhan ke K2 |
Signposts dapat membantu mereka memahami dan mengurus anak mereka melalui teknik-teknik keibu bapaan yang berasaskan bukti. Program ini juga mendidik ibu bapa cara mencegah perkembangan tingkah laku yang membimbangkan pada diri anak mereka. Program ini juga terbukti berkesan pada kanak-kanak dengan keperluan istimewa. | Triple P merupakan sokongan bagi ibu bapa mencegah masalah pemberontakan kelakuan dan emosi kanak-kanak. Triple P menawarkan ibu bapa program pencegahan khas bagi memenuhi keperluan mereka masing-masing. | Program ini mengongsi kaedah-kaedah yang sesuai bagi ibu bapa membina ikatan yang rapat dan bermakna bersama anak mereka, lalu mencipta memori-memori gembira. |
Program Bijak Belanja (PBB) | Siri Mengukuhkan Keluarga (SFS) |
---|---|
PBB membagi peserta-peserta pengetahuan kewangan supaya mereka dapat membuat pilihan yang bijak demi kesejahteraan keluarga mereka. PBB juga memberi informasi asas mengenai wang serta topic-topik tertentu. | Bengkel ini merangkumi beberapa topik yang menyiapkan ibu bapa menjadi pemimpin rumahtangga yang berkesan. Topik-topik termasuk penetapan matlamat dan sempadan keluarga, kesejahteraan fizikal, emosi dan rohani, serta pemahaman peringkat kehidupan. |