Liaison Officers

Family
Prasekolah
Sekolah Rendah / Menengah
ITE (Nitec / Higher Nitec)
Politeknik / Universiti
Pasca-Sarjana
Professional
Pegawai Perhubungan

Inisiatif Pegawai Perhubungan dilancarkan untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan akhir atau last-mile service delivery, serta mempertingkatkan lagi usaha mendekati masyarakat. Pegawai Perhubungan kami menjadi penghubung utama antara MENDAKI, rakan kongsi masyarakat dan penduduk Melayu/Islam.

Mereka membantu meningkatkan kesedaran tentang program dan perkhidmatan kami, menyelaraskan sumber-sumber tempatan, serta menghubungkan keluarga dengan bantuan penting, atau mentor dan pendamping. Pegawai Perhubungan kami akan bekerjasama dengan agensi-agensi masyarakat bagi mengenal pasti sukarelawan yang boleh menyokong program serta para penerima bantuan.

Sebagai permulaan, 13 Pegawai Perhubungan telah ditempatkan di beberapa GRC terpilih, dengan perancangan untuk diperluaskan secara berperingkat sehingga meliputi kesemua 18 GRC.

Peranan Pegawai Perhubungan

  • Menjadi penghubung utama antara MENDAKI, rakan kongsi dan penduduk Melayu/Islam
  • Meningkatkan kesedaran tentang program dan perkhidmatan, menyelaras sumber-sumber tempatan, serta menghubungkan keluarga dengan bantuan penting dan sokongan yang relevan
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi masyarakat untuk mengenal pasti sukarelawan yang boleh menyokong program serta penerima bantuan.