Tertiary Tuition Fee Subsidy (TTFS)

Family
Prasekolah
Sekolah Rendah / Menengah
ITE (Nitec / Higher Nitec)
Politeknik / Universiti
Pasca-Sarjana
Professional
Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS)

Skim Tertiary Tuition Fee Subsidy (TTFS) ialah bantuan kewangan untuk pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan. Skim ini bermula pada tahun 1991 dan dibiayai melalui geran tahunan Kerajaan kepada MENDAKI.

Berkuat kuasa 1 Januari 2011, pelajar berbangsa dua laras, yang mempunyai ‘Melayu’ sebagai komponen utama (seperti Melayu-India atau Melayu-Cina), juga layak untuk skim tersebut.

Nota: Syarat pendapatan akan disemak dari semasa ke semasa oleh Kerajaan supaya ia kekal adil dan relevan.

Tempoh Permohonan
1. Politeknik, ITE (TED), BCA Academy (Diploma)
    a. Tempoh Permohanan I : 25 Feb 2026 - 30 Apr 2026
    b. Tempoh Permohanan II : 16 Sep 2026 - 31 Oct 2026

2. NAFA, LASALLE & Universiti
   a. Tempoh Permohonan I : 13 Mei 2026 - 15 Jul 2026
   b. Tempoh Permohonan II : 14 Oct 2026 - 18 Nov 2026

Bagi permohonan yang dibuat dalam Tempoh 1, liputan TTFS akan bermula pada Semester 1. Bagi permohonan yang dibuat dalam Tempoh 2, liputan TTFS akan bermula pada Semester 2.

Syarat Kelayakan

Untuk layak memohon TTFS, pemohon mesti memenuhi semua syarat berikut:

  1. Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura (PR) dengan sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa warganegara Singapura
  2. Bangsa pelajar (atau bangsa pertama jika berbangsa dua laras) ialah Melayu / Keturunan Indonesia, termasuk seperti: Aceh, Ambon, Banjar, Batak, Boyan, Bugis, Buton, Dayak, Dusun, Iban, Indonesia, Jawa, Kadazan, Kelabit, Makasar, Melanau, Minangkabau, Murut, Sumatera, Sunda
  3. Pendapatan Per Kapita (PCI) isi rumah tidak melebihi $2,000 sebulan
  4. Pelajar menerima Geran Yuran Pengajian MOE
  5. Pelajar sedang mengikuti diploma atau ijazah sepenuh masa pertama di institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf
    a. Peringkat Diploma:
        i. Building Construction Authority Academy (kursus Diploma sahaja)
        ii. ITE (Technical Diploma / Technical Engineering Diploma sahaja)
        iii. Politeknik: Politeknik Ngee Ann, Politeknik Nanyang, Politeknik Republic, Politeknik Singapura, Politeknik Temasek
        iv. LASALLE College of the Arts(LASALLE) and Nanyang Academy of Fine Arts(NAFA) (kursus terpilih yang layak untuk Geran Yuran Pengajian MOE sahaja)
    b. Peringkat Sarjana Muda:
        i. Universiti: Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Kebangsaan Singapura, Institut Teknologi Singapura, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Sains Sosial Singapura, Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura
        ii. LASALLE and NAFA (kursus terpilih yang layak untuk Geran Yuran Pengajian MOE sahaja)

Nota: LASALLE and NAFA adalah kolej di bawah University of the Arts Singapore.

Koverage Subsidi 
TTFS hanya menanggung yuran pengajian sahaja.

PCI Bantuan Peratusan
 $1,400 ke bawah  100% subsidi
 $1,401 - $1,700  75% subsidi
 $1,701 - $2,000  50% subsidi

Cara Kira PCI

PCI = Jumlah pendapatan kasar bulanan keluarga dalam isi rumah yang sama ÷ Jumlah bilangan ahli keluarga dalam isi rumah yang sama

TTFS tidak meliputi:

  • Yuran tambahan
  • Yuran peperiksaan
  • Lawatan pembelajaran
  • Program pertukaran pelajar ke luar negara

Bagi Penduduk Tetap (PR), yuran yang dibayar adalah berdasarkan kadar yuran Warganegara Singapura.

Pelajar yang:

a. PCI melebihi $2,000, atau

b. Menerima bantuan TTFS (50% or 75%)

boleh memohon MENDAKI Study Loan – Full-Time Local National untuk menampung baki yuran pengajian.


Cara Pembayaran

Setelah permohonan TTFS diluluskan, MENDAKI akan maklumkan terus kepada institusi pengajian.Selepas institusi sahkan kelayakan Geran Yuran Pengajian MOE, MENDAKI akan bayar yuran pengajian terus kepada institusi
✅ Pelajar tidak perlu buat apa-apa lagi


Proses Permohonan

Permohonan TTFS mengambil masa sehingga 7 minggu untuk diproses. Pemohon perlu sentiasa semak e-mel untuk sebarang kemas kini atau permintaan dokumen tambahan. Anda akan menerima emel selepas permohonan selesai diproses.

Sila rujuk FAQs

Rayuan Kes Khas

MENDAKI boleh mempertimbangkan rayuan bagi keluarga yang menghadapi keadaan khas, contohnya:

  • Keluarga yang menanggung ramai anak belajar di peringkat tinggi

  • Isi rumah dengan ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik

Rayuan ini diwujudkan supaya bantuan dapat diberi secara adil.