Pengenalan
Skim ini menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada pekerja Melayu/Islam untuk meningkatkan diri mereka dengan mengambil kursus yang diiktiraf dan berkaitan dengan pekerjaan.
Tempoh Permohonan
1 Januari – 28 Februari 2023
1 April – 31 Julai 2023
1 September – 31 Oktober 2023
Kriteria Kelayakan
Perjanjian Pinjaman
Emel akan dihantar kepada pemohon sebaik sahaja pinjaman diluluskan untuk memaklumkan sesitarikh menandatangani perjanjian pinjaman dan pengambilan cek. Pemohon dan penjamin dikehendaki menandatangani penjanjian pinjaman di hadapan pegawai MENDAKI di Wisma MENDAKI, 51 Kee Sun Avenue, Singapura, 457056. Pemohon dan penjamin diingatkan untuk membawa kad pengenalan semasa sesi menandatangani perjanjian pinjaman.
Seperti terkandung dalam perjanjian pinjaman, peminjam perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Jika peminjam tidak memenuhi syarat- syarat di atas atau sebarang terma di dalam perjanjian pinjaman, peminjam akan dianggap telah melanggar perjanjian pinjaman dan jumlah pinjaman perlu dibayar balik dengan segera.
Kuantum Pinjaman:
Agihan sekali-beri bernilai sebanyak $3,000 atau 70% daripada yuran kursus (yang mana lebih rendah).
Jumlah pinjaman mengikut keputusan Jawatankuasa Pinjaman, setelah mempertimbangkan keadaan kewangan pemohon, kursus studi, akreditasi institusi dan kriteria lain yang relevan. Keputusan Jawatankuasa Pinjaman adalah muktamad.
Bayaran Balik Pinjaman
Bayaran balik pinjaman akan bermula 1 bulan selepas pinjaman diagihkan. Jumlah minima bayaran balik bulanan ialah seperti berikut:
Ini tertakluk kepada kenaikan progresif tahunan sebanyak $100. Bayaran balik pinjaman boleh dibuat melalui tunai, cek, NETS, GIRO atau Perbankan Internet.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai bayaran balik pinjaman
Prosedur Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat melalui link ini. Proses pendaftaran akan mengambil masa 3 minggu dari tarikh permohonan diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelajar melalui emel. Permohonan yang berjaya perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak $50.00.Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan kami di 6245 5555.
Pendaftaran yang tidak lengkap dan tidak memenuhi kriteria kelayakan akan ditolak.