>   Program    >   MENDAKI Cyber Homework Ace Programme
PILIH PROGRAM  

MENDAKI Cyber Homework Ace Programme

Program MENDAKI Cyber Homework Ace (McHA) bertujuan untuk memberikan sokongan akademik kepada pelajar Melayu/Islam yang memperoleh markah 75 ke atas atau Tahap Pencapaian (AL) 4 dan ke atas.

Pelajar akan menerima sokongan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Program ini membantu pelajar memahami serta menyiapkan kerja rumah sekolah mereka, di samping mencabar mereka dengan soalan aras tinggi bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Matematik ke tahap seterusnya.

Sesi akan dijalankan secara dalam talian dari jam 8.00 malam hingga 9.30 malam, pada hari Khamis bagi Bahasa Inggeris dan hari Jumaat bagi Matematik.