>   Program    >   MENDAKI Homework Café
PILIH PROGRAM  

MENDAKI Homework Café

MENDAKI Homework Cafe (Dalam Talian)

MENDAKI Homework Cafe (Dalam Talian) atau e-MHC menawarkan bantuan kerja rumah dan semakan oleh tutor sukarelawan yang berkelayakan. Sesi percuma ini dibuka kepada pelajar Melayu / Islam Singapura Darjah 4 hingga Menengah 2.

Hari Waktu Tahap yang ditawarkan
Isnin 8.00pm-9.30pm Pri 4
Selasa 8.00pm-9.30pm Pri 5
Rabu 8.00pm-9.30pm Pri 6
Khamis 8.00pm-9.30pm Sec 1 – 2

 

Daftar 

 

MENDAKI Homework Cafe (Dijalankan oleh rakan kongsi)

*MENDAKI Homework Cafe kini beralih ke dalam talian (online) sehingga 13 Jun. Hubungi pusat-pusat di senarai berikut untuk maklumat lebih lanjut.

Program ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pelajar Melayu/Islam bagi menyelesaikan kerja sekolah mereka. Bersama dengan rakan-kongsi, skim ini dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan diberi untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. 

Kriteria Kelayakan

  • Rakyat atau Penduduk Tetap Singapura yang beragama Islam
  • Pendapatan isi rumah bersih bulanan keluarga* tidak melebihi $1,800, atau pendapatan per kapita bulanan bersih tidak melebihi $450; ATAU adalah penerima Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pelajaran (MOE FAS)
  • Pelajar sepenuh masa di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Autonomi, Sekolah Bebas dan Madrasah.
  • Kini tidak menghadiri salah satu program tuisyen MENDAKI atau program-program tuisyen MENDAKI yang lain seperti program tusyen Kelompok Bantuan Mandiri ((SHG) dan program tusyen komuniti yang dijalankan oleh RC/CC.

*Pendapatan bulanan bersih isi rumah merujuk kepada gaji asas, tidak termasuk bayaran kerja lebih masa, komisen, elaun lain dan satu per dua belas bonus tahunan.

Cawangan-cawangan MENDAKI Homework Café

Rakan Kongsi Tarikh darjah/menengah Alamat Nombor telefon
Masjid Al-Islah Setiap Selasa & Khamis,
5.00pm-6.30pm
Darjah 1 – Menengah 5 30 Punggol Field, Singapore 828812 63125174
Marine Terrace Breeze RC Setiap Rabu,
7.30pm-9.00pm
Darjah 1 – Menengah 5 Blk 20 Marine Terrace #01-124, Singapore 440020 64937353
Marine Terrace Haven RC Setiap Isnin,
7.30pm-9.00pm
Darjah 1 – Menengah 5 Blk 54 Marine Terrace #01-23, Singapore 440054 64937353
Vibrance @ Yishun Setiap Isnin & Khamis,
4.30pm-6.00pm (bermula 28 Jun)
Darjah 1 – Darjah 6 Blk 145 Yishun Street 11 #01-41, 760145 67527760