ReadySetLearn (RSL) Language Explorer ialah program membaca yang direka untuk memperkasa ibu bapa agar dapat membimbing anak-anak mereka dengan yakin dalam membina kemahiran literasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta memupuk minat membaca sejak awal.
Melalui kerjasama dengan rakan kongsi kami, ibu bapa juga akan menerima pilihan buku terpilih setiap tiga bulan. Pakej buku ini disesuaikan mengikut umur bagi kanak-kanak 4–6 tahun dan 7–9 tahun, bagi mencetuskan rasa ingin tahu dan memastikan mereka terus teruja dengan aktiviti membaca yang menyeronokkan.

English

