
KelasMateMatika memperkasakan ibu bapa untuk menyokong pembelajaran anak bermula dengan Matematik, dirintis pada tahun 2018. Direka untuk ibu bapa yang mempunyai anak pra-sekolah berusia 4 hingga 6 tahun. Program ini menerokai dunia nombor, warna, bentuk dan saiz dan dibimbing oleh fasilitator yang berkelayakan.
Dikenali sebagai MajuMindaMatematika (Tiga M) sebelum ini, KMM adalah salah satu program utama dalam Bidang Tumpuan 1 oleh M³ - MENDAKI, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Majlis Penyelaras Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA).
Mematuhi langkah keselamatan COVID-19, MENDAKI memperkenalkan eKMM pada bulan Ogos 2020 agar para keluarga masih boleh menyertai program ini. Kelas-kelas yang dikendalikan melalui wadah Zoom melengkapkan lagi sesi fizikal yang terhad semasa peralihan selamat ke Fasa Kedua.
Gambar Tamat Pengajian KMM
28 Sep | Keat Hong CC 4 Oct | Graceland 4 Oct | Canberra
25 Oct | Greenwood Pri 25 Oct | Changkat Changi

English
