
Program ini bertujuan menyediakan persekamiran yang kondusif untuk pelajar Melayu/Islam bagi menyelesaikan kerja sekolah mereka. Bersama dengan kelab masyarakat dan masjid-masjid, MENDAKI Homework Café berharap projek ini dapat memanfaatkan lebih ramai para pelajar Melayu/Islam dalam pembelajaran mereka.
Skim ini dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, dan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik sahaja. Pendaftaran kini dibuka. Borang pendaftaran boleh didapati di pusat masing-masing.
Kriteria Kelayakan
- Rakyat atau Penduduk Tetap Singapura yang beragama Islam
- Pendapatan isi rumah bersih bulanan keluarga* tidak melebihi $1,800, atau pendapatan per kapita bulanan bersih tidak melebihi $450; ATAU adalah penerima Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pelajaran (MOE FAS)
- Pelajar sepenuh masa di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Autonomi, Sekolah Bebas dan Madrasah.
- Kini tidak menghadiri salah satu program tuisyen MENDAKI atau program-program tuisyen MENDAKI yang lain seperti program tusyen Kelompok Bantuan Mandiri ((SHG) dan program tusyen komuniti yang dijalankan oleh RC/CC.
*Pendapatan bulanan bersih isi rumah merujuk kepada gaji asas, tidak termasuk bayaran kerja lebih masa, komisen, elaun lain dan satu per dua belas bonus tahunan.
Pusat-pusat MENDAKI Homework Café
Rakan Kongsi | Tarikh | darjah/menengah | Alamat | Nombor telefon |
Masjid Al-Islah | Setiap Selasa & Khamis, 5.30pm-7pm |
P1-Sec 5 | 30 Punggol Field, Singapore 828812 | 63125174 |
Masjid Maarof | Setiap Selasa & Khamis, 5.30pm-8pm |
P4-Sec 3 | 20 Jurong West Street 26, Singapore 648125 | 65155033 |
Marine Terrace Breeze RC | Setiap Jumaat, 7.30pm-9pm |
P1-P6 | Blk 20 Marine Terrace #01-124, Singapore 440020 | 64937353 |
Marine Terrace Haven RC | Setiap Selasa, 7.30pm-9pm |
Blk 54 Marine Terrace #01-23, Singapore 440054 | 64937353 | |
Vibrance @ Yishun | Setiap Selasa & Khamis, 3.30pm-5pm |
All P1-P6 (dibuka kepada murid-muird yang bukan Melayu/Islam juga) |
Blk 145 Yishun Street 11 #01-41, 760145 | 66035516 |