Program

   >   Program   >   MENDAKI Cyber Homework Ace Programme
PILIH PROGRAM  

MENDAKI Cyber Homework Ace Programme

MENDAKI Homework Cafe (Dalam Talian)

MENDAKI Homework Cafe (Dalam Talian) atau e-MHC menawarkan bantuan kerja rumah dan semakan oleh tutor sukarelawan yang berkelayakan. Sesi percuma ini dibuka kepada pelajar Melayu / Islam Singapura Darjah 4 hingga Menengah 2.

Hari Waktu Tahap yang ditawarkan
Isnin 8.00pm-9.30pm Pri 4
Selasa 8.00pm-9.30pm Pri 5
Rabu 8.00pm-9.30pm Pri 6
Khamis 8.00pm-9.30pm Sec 1 – 2

 

Daftar 

 

MENDAKI Homework Cafe (Dijalankan oleh rakan kongsi)

*MENDAKI Homework Cafe kini beralih ke dalam talian (online) sehingga 13 Jun. Hubungi pusat-pusat di senarai berikut untuk maklumat lebih lanjut.

Program ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pelajar Melayu/Islam bagi menyelesaikan kerja sekolah mereka. Bersama dengan rakan-kongsi, skim ini dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan diberi untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. 

Kriteria Kelayakan

  • Rakyat atau Penduduk Tetap Singapura yang beragama Islam
  • Pendapatan isi rumah bersih bulanan keluarga* tidak melebihi $1,800, atau pendapatan per kapita bulanan bersih tidak melebihi $450; ATAU adalah penerima Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pelajaran (MOE FAS)
  • Pelajar sepenuh masa di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Autonomi, Sekolah Bebas dan Madrasah.
  • Kini tidak menghadiri salah satu program tuisyen MENDAKI atau program-program tuisyen MENDAKI yang lain seperti program tusyen Kelompok Bantuan Mandiri ((SHG) dan program tusyen komuniti yang dijalankan oleh RC/CC.

*Pendapatan bulanan bersih isi rumah merujuk kepada gaji asas, tidak termasuk bayaran kerja lebih masa, komisen, elaun lain dan satu per dua belas bonus tahunan.

Cawangan-cawangan MENDAKI Homework Café

Rakan Kongsi Tarikh darjah/menengah Alamat Nombor telefon
Masjid Al-Islah Setiap Selasa & Khamis,
5.00pm-6.30pm
Darjah 1 – Menengah 5 30 Punggol Field, Singapore 828812 63125174
Marine Terrace Breeze RC Setiap Rabu,
7.30pm-9.00pm
Darjah 1 – Menengah 5 Blk 20 Marine Terrace #01-124, Singapore 440020 64937353
Marine Terrace Haven RC Setiap Isnin,
7.30pm-9.00pm
Darjah 1 – Menengah 5 Blk 54 Marine Terrace #01-23, Singapore 440054 64937353
Vibrance @ Yishun Setiap Isnin & Khamis,
4.30pm-6.00pm (bermula 28 Jun)
Darjah 1 – Darjah 6 Blk 145 Yishun Street 11 #01-41, 760145 67527760

Borang pendaftaran boleh didapati di cawangan-cawangan tersebut.

Program-program Lain

Skim Tuisyen MENDAKI (MTS)

Yayasan MENDAKI adalah sebuah peneraju Badan Bantu Diri yang menyediakan tuisyen kepada masyarakat…

Lebih Lanjut

Siri The Parents’ Guide To…

Siri The Parents’ Guide To…diperkenalkan pada tahun 2020 untuk memberikan maklumat terkini kepada ibu bapa. Daftar untuk sesi terkini pada bulan Jun.

Lebih Lanjut

Success in PSLE

Seminar Success in PSLE diperkenalkan pada tahun 2006 dengan tujuan melengkapkan pelajar…

Lebih Lanjut

MENDAKI Homework Café

Program ini bertujuan menyediakan persekamiran yang kondusif untuk pelajar Melayu/Islam bagi menyelesaikan…

Lebih Lanjut