
Rangkaian Pelajar MENDAKI dibuka kepada semua pelajar Melayu/Islam dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IHL).Rangkaian in bertujuan memupuk sifat sivik dan menggerak mereka menjadi rakyat yang aktif dan berbakti kepada negara. Kami menyokong para pelajar dengan mengadakan:
- Bengkel-bengkel untuk membina kecekapan untuk ekonomi akan datang
- Wadah untuk membina kemahiran kepimpian melalui inisiatif-inisiatif pelajar
- Ruang untuk menubuh idea dan merealisasikan projek-projek komuniti
- Hubungan dengan profesional dan pakar industri
- Peluang untuk membina portfolio mereka melalui rangkaian
Sukarela
Kami menjemput para pelajar membina Masyarakat Gemilang bersama kami melalui program sukarelawan Program Pemerkasaan @ ITE. Para peserta perlu mengetepikan sekurang-kurangnya sembilan bulan dan akan menerima latihan sebelum bermula. Mereka yang berminat dapat:
- Berhubung dengan rakan-rakan yang berfikiran sama
- Dibimbing oleh seorang pakar mengenai pendidikan dan perkara-perkara berkaitan kerjaya
- Mengasah kemahiran komunikasi dan fasilitasi
- Membina hubungan melalui aktiviti berpasukan
- Mereka yang cemerlang akan diiktiraf di acara Penghargaan Sukarelawan MENDAKI yang berlangsung setiap tahun.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh emel RHamzah.RZulkifli@mendaki.org.sg atau Tel: 6245 5733