
Rangkaian Karyawan dilancarkan untuk:
- Menyokong profesional dalam menambah rangkaian mereka
- Memudahkan usaha sumbangan dari rangkaian
- Meningkatkan sumber komuniti untuk menyumbang semula kepada komuniti
Terdapat pelbagai akitiviti penglibatan untuk profesional sepanjang tahun. Dari aktiviti-aktiviti tersebut, para profesional boleh menambah ilmu dan berinteraksi dengan pakar industri lain.
Pakar-pakar digalakkan menyertai sebagai:
- Sahabat untuk Program Pemerkasaan kami
- Jurulatih untuk pelajar-pelajar Melayu/Islam kami
- Penceramah di Acara Future Ready kami
Jika anda ingin berangkai dengan profesional Melayu/Islam yang lain atau menjadi seorang sukarelawan, hubungi kami di MLiyana.Mas’at@mendaki.org.sg atau Tel: 6248 5140.